OSMAN GOAT FARM

Galeri Aktiviti
Pengenalan | Profil Penternak | Sejarah Penubuhan | Falsafah Syarikat | Galeri Aktiviti | Perkhidmatan kami | Produk Kami | Sebutharga | Maklumbalas | Lokasi Kami

Lawatan Sekolah
 
Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memperkembangkan usaha ternakan kambing ini, kami memilih untuk menerima lawatan - lawatan dari pihak swasta dan sekolah bagi tujuan pendidikan.
 
Projek komuniti ini sedikit sebanyak mendekatkan masyarakat dan pelajar sekolah tentang pentingnya bidang pertanian dan penternakan didalam menggerakkan ekonomi negara.

goatfarm003.jpg

goatfarm005.jpg

Lawatan Kerajaan
 
Sebagai sebuah entiti ternakan yang beroperasi dibawah pengawasan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, kami menerima banyak kunjungan dari badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk bertukar - tukar pendapat bagi memajukan lagi bidang ini.
 
Lawatan - lawatan dari badan - badan kerajaan dan swasta ini telah membuka banyak peluang dalam penghasilan produk berkualiti disamping peluang - peluang pasaran yang lebih meluas.

ogf021.jpg

ogf022.jpg

Di Pasar Tani
 
Sebagai penternak dan pengeluar susu kambing di Johor, kami memilih Pasar Tani sebagai medium utama untuk memperkenalkan dan memasarkan hasil tenusu kami.
 
Selain dapat berinteraksi terus dengan pelanggan, kami juga berpeluang berkongsi kebaikan serta khasiat yang terkandung didalam susu kambing untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 

ogf006.jpg

ogf002.jpg

Aqiqah
 
Di Osman Goat Farm, kami mempunyai penyembelih yang bertauliah untuk melaksanakan ibadah aqiqah dan qurban.
 
Kami sentiasa memastikan haiwan ternakan kami didalam keadaan kesihatan yang terbaik serta cukup umurnya untuk tujuan tersebut.
 
Kami menyediakan khidmat sembelihan serta penghantaran percuma dikawasan - kawasan sekitar.

ogf020.jpg

ogf019.jpg

OSMAN GOAT FARM
No. 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.
Tel : 012-7532890, 012-7611451

Untuk sebarang pertanyaan, sila email kepada kami di :

osmangoatfarm@hotmail.com