OSMAN GOAT FARM

Produk Kami
Pengenalan | Profil Penternak | Sejarah Penubuhan | Falsafah Syarikat | Galeri Aktiviti | Perkhidmatan kami | Produk Kami | Sebutharga | Maklumbalas | Lokasi Kami

Baka-baka
 
Pemilihan baka kambing yang baik untuk tujuan pembiakan adalah amat penting bagi memastikan pengeluaran yang optimum. Baka - baka kambing bagi pengeluaran daging biasanya mempunyai struktur badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu.
 
Diantara baka - baka pedaging yang sering mendapat permintaan penternak di Malaysia islah Jamnapari / Ettawah dan Boer.
 
Bagi pengeluaran susu pula, baka - baka dari jenis Anglo Nubian, Saneen dan British Alpine mendapat permintaan tinggi.
 
Kami di Osman Goat Farm, bersedia membekal baka - baka dari jenis-jenis tersebut pada harga yang amat berpatutan.  

Susu
 
Susu kambing telah diuji secara klinikal dan terbukti mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
 
Di Osman Goat Farm, kami amat menitik beratkan kualiti hasil keluaran susu kami. Kesihatan ternakan serta kebersihan kandang dan persekitaran amat penting demi menghasilkan susu yang tidak tercemar.

Rumput / Kekacang
 
Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting di dalam pemakanan kambing dan lain-lain ternakan ruminan.
 
Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pemakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gantian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.

Kuantiti yang banyak di samping adanya gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalam penghadaman.

Kami membekalkal bahan hijauan seperti rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai makanan kambing seperti berikut:-

i. rumput guinea (Panicum)
ii. rumput gajah (Panisetum purpureum)
iii. rumput setaria
iv. kekacang: Ipil-ipil/petai belalang
    (Leucaenia leucocephala)

OSMAN GOAT FARM
No. 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.
Tel : 012-7532890, 012-7611451

Untuk sebarang pertanyaan, sila email kepada kami di :

osmangoatfarm@hotmail.com