OSMAN GOAT FARM

Sejarah Penubuhan

Pengenalan | Profil Penternak | Sejarah Penubuhan | Falsafah Syarikat | Galeri Aktiviti | Perkhidmatan kami | Produk Kami | Sebutharga | Maklumbalas | Lokasi Kami

sejarah1.jpg

Osman Goat Farm telah memulakan operasinya pada tahun 1990 di Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Bermula sebagai hobi di masa lapang, Osman Bin Cheya Kutty telah membeli 5 ekor kambing kampung untuk di ternak di tanah belakang kediamannya.

Namun gesaan kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian dan penternakan ketika itu telah menimbulkan minat yang mendalam untuk menjadi penternak kambing sepenuh masa.

Pada tahun 1993, dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor, beliau telah membawa masuk 5 ekor kambing tenusu dari jenis British Alpine dari New Zealand serta 10 ekor kambing pedaging dari jenis jamnapari.

Osman merupakan penternak pertama di Johor yang menyahut seruan kerajaan didalam penternakan kambing tenusu. 

Hasil kerjasama dan bimbingan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Johor, Osman Goat Farm telah mula memasarkan hasil tenusu dan daging kambing secara komersial pada tahun 1995.

susu1.jpg
jabatan1.jpg

Bermula dari itu, hasil keluaran syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

Bantuan kerajaan dalam mempromosikan susu kambing telah membuka minda masyarakat untuk beralih kepada susu kambing yang jauh lebih berkualiti dan berkhasiat dari susu lembu.

Pada hari ini, Osman Goat Farm mempunyai lebih 500 ekor kambing tenusu dan pedaging dari jenis British Alpine, Anglo Nubian dan Saneen, Jamnapari, Farel dan biri - biri. 

OSMAN GOAT FARM
No. 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.
Tel : 012-7532890, 012-7611451

Untuk sebarang pertanyaan, sila email kepada kami di :

osmangoatfarm@hotmail.com